5 Faedah Khusyuk Dalam Solat

Kadang-kadang, Kak Iman jadi terburu sangat nak solat sampai terlupa menghayati ayat yang dibaca.

Siapa boleh relate? 🙋🏻‍♀️

Sebenarnya kan, banyak faedah khusyuk dalam solat yang ramai tak tahu.

Belajar mengawal pernafasan

Mindful breathing atau pernafasan berfokus dapat melatih kita untuk sedar akan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Contohnya, ketika membaca al-Fatihah, latih diri untuk fokus kepada pernafasan, bacaan, dan pergerakan di dalam solat. Ini dapat mendidik kita untuk tidak tergopoh-gapah dalam hidup.

Belajar bertenang

Kehidupan suka membuat kita kalut dan terkejar-kejar dengan semua perkara. Sebab itu, solat melatih kita untuk berhenti sebentar, bertenang dan teruskan berjalan.

Ada me-time dengan Allah

Solatlah waktu kita paling rapat dengan Allah. Ambillah sedikit masa ketika sujud terakhir untuk berbicara dan berdoa kepada-Nya.

Belajar take-a-pause

Waktu akan sentiasa berputar. Kerana itu Tuhan menciptakan solat supaya kita belajar untuk jeda seketika dan mula mengambil tahu hal yang berlaku dalam diri kita.

Jangan lupa untuk periksa kesihatan spiritual, fizikal, jasmani dan rohani, walau sesibuk mana pun kita.

Belajar untuk be present

Solat melatih kita fokus kepada apa yang berlaku di sekeliling kita.

Jom latih fokus dengan menghadiri Sehingga Mentari Terbit: Edisi Ramadan ini!

BACA JUGA  10 Persiapan Menyambut Ramadhan Yang Dirindui

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *