5 Buku Mesti Baca Sebelum 2023 Berakhir [Edisi Keluarga] – SIBF 2023

Tinggal 10 hari lagi sebelum Selangor International Book Fair (SIBF 2023) berlangsung. Mesti semua dah teruja kan?

Di SIBF 2023 inilah tempat yang sesuai untuk kita pilih buku-buku yang dapat membantu tamatkan tahun ini dengan gempaknya! Ada pelbagai kategori buku disediakan di SIBF 2023, sesuai untuk dibaca seisi keluarga dari semua peringkat umur.

Jom, Kak Iman cadangkan buku-buku yang kalian mesti baca sebelum 2023 berakhir!

Buku untuk anak umur tadika dan ke bawah

Siri Contohi Nabi

Mencari cara yang sesuai untuk mengajar anak hikmah daripada kisah-kisah nabi, dan kena dengan citarasa anak-anak? Buku Siri Contohi Nabi adalah jawapannya!

Terbaru, IMAN keluar dengan 3 buku baru dari siri ini: Farhan Belajar Berterima Kasih, Farah Belajar Bercakap Benar dan Farhan Belajar Tentang Marah.

Melalui siri ini, ibu bapa boleh mendidik anak-anak bagaimana untuk berbuat baik melalui kisah Nabi Sulaiman A.S, Nabi Luth A.S., dan Nabi Musa A.S. Ikuti kehidupan Farah dan Farhan dan bagaimana mereka menguruskan masalah serta emosi berdasarkan kisah nabi.

Buku Untuk Ibu Bapa

Komik Karier

Soalan, “Nak kerja apa nanti?” adalah antara tanda tanya terbesar ketika anak meningkat dewasa. Sebagai ibu bapa, pasti kita juga turut risau dengan masa depan anak. Kalau boleh, kita nak membantu anak memilih jalan kerjaya yang sesuai dengan minat dan kena dengan potensi mereka.

BACA JUGA  Pandemik Covid-19 : 7 Tips ‘WFH’ Untuk Kekal Produktif

Komik ini sesuai untuk dihadiahkan buat bacaan anak dan anak muda yang mempunyai dilema memilih kerjaya. Di samping penceritaannya yang seronok dan ilutrasi yang menarik, Komik Karier direka khas untuk memberi gambaran kerjaya kepada pembaca. Buat masa sekarang, IMAN telah menerbitkan 3 buah buku karier yang menggambarkan bagaimana sebenarnya pekerjaan seorang GURU, PSIKOLOGIS KLINIKAL , DOKTOR, dan banyak lagi yang bakal terbit.

Berita baik! Akan datang pada 24 November ini, IMAN akan melancarkan dua buah buku self-help tentang persoalan kerjaya & sesaknya hidup dalam alam dewasa yang mencabar:

1. Berhenti Bekerja: Bagaimana Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini

Buku ini mengandungi dua bahagian,
Bahagian 1 merungkaikan permasalahan yang sering berlaku dalam kalangan anak muda apabila berkaitan alam kerjaya.

  • Ada cita-cita tapi tak tahu nak mula dari mana
  • Daripada tak buat apa-apa, baik buat Grab (gigwork) je.
  • Dah 5 tahun kerja, aku rasa sama je, takda perkembangan.

Bahagian 2 pula menyentuh secara terperinci teknikal dan praktikaliti menghadapi alam kerjaya.

  • Kenalpasti potensi diri (Venn Diagram Talent, Passion & Demand)
  • Pembinaan portfolio / resume bukan sekadar C&P template Canva
  • Merunding gaji dan Upskill knowledge

2. Kenapa Kerja Tak Habis-habis: Bagaimana Obsesi Mengejar Nama & Kejayaan Menyesakkan Kehidupan

Buku ini secara keseluruhannya memberikan satu gambaran besar tentang kehidupan alam dewasa yang menyesakkan. Rasa ketinggalan berbanding kenalan, perlu berlumba untuk mendapatkan pencapaian dan rasa yang diri sentiasa tidak cukup.

  • Mengapa semua orang ok sahaja? – Bagaimana social media memusnahkan kebahagiaan.
  • Mental headspace. Hustling bukan semata tentang fizikal, tetapi juga yang bermain dalam minda. Tak accomplished this & that.
  • Performance punishment (buat lagi banyak, dapat lagi banyak, kena buat lagi banyak)
  • Terpaksa discounts quality time with family/friends untuk lebih masa hustle. – lead to masalah dalam relationship.
  • Artificial productivity in all aspects of life. Untuk tingkatkan hasil perlu tingkatkan work. With limited amount of time, macam mana nak hack proses supaya double work done within the same amount of time (in a negative way)
BACA JUGA  7 Tips Berbelanja di PBAKL

2 buku ini sangatlah sesuai untuk dibaca bagi menaikkan semangat serta mindsetting menuju tahun 2024.

Jom dapatkan buku ‘Berhenti Bekerja’ dan ‘Kenapa Kerja tak Habis-habis’ di SINI

Komik Gaza

Mencari buku yang tepat supaya anak-anak aware dengan isu yang berlaku di Gaza? Siri Komik Gaza ini wajib berada di rumah anda! Beri pendedahan awal kepada anak tentang tragedi yang menimpa saudara Islam kita di Palestin melalui kisah dalam komik ini.

Semoga selepas membaca komik ini, kita boleh amalkan boikot dengan ilmu, dan tidak terlalu terbawa emosi agar lebih fokus kepada apa yang kita boleh sumbangkan.

Buku untuk semua golongan umur

Nabi Juga Disakiti Manusia

Soal hubungan ini rumit. Apa lagi jika melibatkan orang yang kita sayang. Akan ada masanya kita menghadapi masalah seperti salah cakap, terasa hati, dan salah faham dalam hubungan seharian kita.

Mungkin sudah sampai masanya kita mengambil panduan daripada nabi pula. Nabi Muhammad SAW juga menghadapi dengan pelbagai jenis manusia, dan tentunya banyaklah ragamnya. Ketahui bagaimana cara Nabi Muhammad SAW menguruskan konflik sesama manusia, dalam buku terbaru Khubaib Akhi – Nabi Juga Disakiti Manusia.

Tidak berkesempatan ke Selangor International Book Fair (SIBF 2023)?

Boleh dapatkan semua buku-buku ini secara online di imanshoppe.com

Penulis Tamu Nor Husna | Social media
Copywriter IMAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *